kursus kahwin johor

Syarat-syarat & Cara Mendapatkan Bantuan Insentif Kursus Kahwin Johor (Kursus Kahwin Percuma)

jkadmin Uncategorized Leave a Comment

Pada 12 Ogos 2018 yang lalu, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.44 juta untuk kursus perkahwinan percuma. Peruntukan ini akan diberikan di dalam bentuk tuntutan semula selepas menghadiri kursus kahwin.

Berikut ialah syarat-syarat dan langkah-langkah mendapatkan insentif berkenaan:

Syarat-syarat kelayakan memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Rakyat Negeri Johor.
  3. Pemastautin yang melebihi lima (5) tahun.
  4. Kursus bagi perkahwinan kali pertama sahaja.
  5. Kursus yang diadakan di Negeri Johor sahaja.
  6. Hadir dengan jayanya Kursus Perkahwinan dengan bayaran RM120.00.
  7. Kursus yang diadakan selepas 9 Mei 2018.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan buku bank / penyata bank pemohon; dan
  3. Sijil Kursus Pra-Perkahwinan Yang Asal dan salinan. Jika Sijil hilang, pemohon perlu mendapatkan surat pengesahan kehadiran dan bukti kehadiran kursus daripada penganjur.
  4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung atau Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah (jika pemastautin), dan dokumen sokongan (bil-bil utiliti) jika berkaitan

INFO PENTING!

Borang yang telah lengkap dan dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kadi atau kaunter JAINJ UTC Johor (Galleria atau Kotaraya) selepas tamat kursus atau dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil kursus dikeluarkan.
Tuntutan yang dihantar selepas 3 bulan dari tarikh kursus tidak akan diproses.

Tuntutan boleh mula dibuat selepas 1 September 2018.

Borang tuntutan boleh dimuat turun di sini.

 

Sumber rujukan: Jabatan Agama Islam Negeri Johor

 

>>Daftar kursus kahwin Johor di sini<<