Selamat datang ke JoinKursus.com

Di sini kami akan terangkan apakah JoinKursus.com, bagaimana ia berguna untuk anda dan di mana anda hendak bermula.

JoinKursus.com ialah pasar online untuk …..Kursus.

Seperti namanya, produk yang dijual ialah Kursus. Ini termasuklah seminar, bengkel, kem cuti sekolah, kelas jangka pendek dan sebagainya.
JoinKursus.com ialah seperti sebuah pusat membeli-belah, di mana penjual adalah penganjur-penganjur kursus, manakala pembeli adalah para peserta kursus. Bayangkan Lazada atau Amazon, tetapi khas untuk kursus.

Cara Penganjur Boleh Gunakan JoinKursus.com

 

Senaraikan

Rancang kursus anda, daftar sebagai penganjur di JoinKursus.com. Kemudian, senaraikan kursus anda.

Kongsi & Hebah

Hebahkan kepada orang ramai dengan mengongsikan pautan laman kursus anda ke media sosial, blog dan website anda.

Jalankan Kursus

Pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan, jalankan kursus anda!

Sebab-sebab Penganjur Perlu Guna JoinKursus.com

Sistem Pendaftaran dan Pembayaran Automatik.

Sistem pendaftaran dan pembayaran setempat di dalam website.
Bakal peserta kursus anda tidak lagi perlu WhatsApp/sms/email untuk membuat pendaftaran, dan boleh terus membuat bayaran menggunakan online banking atau kad kredit/debit di dalam laman web JoinKursus.com.

Memudahkan peserta kursus.

Daftar dan bayar kursus pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Bakal peserta anda akan gembira jika anda memudahkan proses pendaftaran dan pembayaran untuk mereka.
Peserta yang gembira sudah tentu akan menjadi pelanggan setia anda dan akan menyertai lebih banyak kursus anda di masa akan datang!

Memudahkan Anda.

Tiada lagi berbalas-balas mesej berulang-kali hanya untuk mendaftar kursus. Anda hanya perlu fokus menguruskan perjalanan kursus dan bisnes anda.
Anda senang, pelanggan anda pun senang. Dua-dua gembira.

Saluran Jualan Tambahan.

Walaupun anda sudah menjual kursus anda di FB, Instagram, Blog dan lain-lain, saluran jualan tambahan boleh menambah capaian kursus anda.
Seperti menjual produk di kedai sendiri sambil juga menjualnya di pasaraya.
Lebih banyak saluran, lebih banyak jualan!

Menjimatkan Kos Marketing Anda.

Letakkan kursus anda di hadapan pelanggan yang sedang ber’shopping’ kursus. Ia adalah seperti meletakkan produk anda di pasaraya, pelawat yang tidak mencari pun boleh terjumpa produk anda.
Maka, anda tidak perlu hanya bergantung dengan pengiklanan berbayar.

SEO.

Kedudukan yang baik di enjin carian Google, Bing, Yahoo. Buka peluang untuk kursus anda ditemui oleh lebih ramai orang.
Jangan hadkan peserta sasaran anda kepada peminat Facebook anda sahaja!

Tiada Bayaran Pendahuluan.

Kami tidak mengenakan sebarang caj untuk mengiklankan kursus anda di JoinKursus.
Malah pendaftaran kursus percuma juga tidak dikenakan apa-apa caj. Kami hanya akan mengenakan caj servis apabila peserta mendaftar kursus yang berbayar.
Jika tiada peserta mendaftar, tiada caj yang akan dikenakan. Adil, bukan?

Anda Kelihatan Lebih Professional, Lebih Celik IT.

Sistem kami yang canggih akan meningkatkan kepercayaan bakal peserta mendaftar dan membayar untuk kursus anda.